Bagaimana Untuk Tidak Mudah Hilang Semangat?

Semangat dan motivasi jatuh merudum?

Semangat hilang?

Sedih? Kecewa? Sakit hati?

Itu semua boleh dielakkan dengan satu cara mudah, iaitu melatih diri dengan tidak merenung dan memikirkan masalah-masalah itu.

Setiap kali kita didatangi dengan masalah, ujian, rintangan dan sebagainya, teruskan fokus pada penyelesaian. Fikirkan dan rancang apakah tindakan-tindakan yang boleh dilakukan.

Apabila kita membiasakan diri dengan terus memikirkan solusi (penyelesaian), lama kelamaan kita akan terus menjadi begitu tanpa perlu dipaksa-paksa. Kuasa fokus kita akan lebih tinggi.

Jadi, mulai hari ini latihkan diri agar terus memfokus pada penyelesaian, dan elakkan sama sekali memikir-mikirkan masalah.

Tip: Untuk masalah besar, langkah penyelesaian boleh diselesaikan secara bertahap, iaitu sedikit demi sedikit.

Selamat mempraktikkan tip di atas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.