You are currently browsing the archives for the Tip Pantas Motivasi category


Cara mencapai matlamat dan impian

Setiap orang pasti mempunyai impian ataupun matlamat masing-masing. Matlamat itu pula tidak sama di antara satu sama lain. Ia adalah keinginan peribadi tersendiri.

Berikut adalah beberapa tip mencapai matlamat:

  1. Jelas dengan sasaran dan matlamat yang ditetapkan.
  2. Rancang tindakan yang perlu dilaksanakan.
  3. Tetapkan masa ‘deadline’ untuk mencapai sasaran tersebut.
  4. Bertindak (melaksanakan perancangan tadi) dengan FOKUS dan konsisten.

Tip-tip asas di atas nampak mudah, namun apabila datang peluang yang menggiurkan serta janji-janji manis, kebanyakan orang sering terus lupa terhadap matlamat mereka. Akhirnya, tahun demi tahun, mereka berada di takuk yang lama.

Saya doakan anda mencapai matlamat yang telah ditetapkan pada tahun ini. Teruskan usaha dan fokuskan diri agar ia tercapai.

Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut cara-cara untuk mencapai impian / matlamat, dapatkan siri audio bertajuk “7 Amalan Utama Mencapai Impian”. Klik pada pautan berikut untuk maklumat lanjut:

http://www.pejuangimpian.com

Setiap orang yang mempunyai impian adalah seorang pejuang!

Kekuatan kita adalah….

Kekuatan kita adalah ALAT UTAMA untuk kita meraih kejayaan. Sebaliknya, apabila kita terlalu memikirkan kelemahan dan asyik mahu membetulkan kelemahan diri, agak lambat dan sukar untuk kita berjaya.

Sewajarnya, kekuatan diri diguna seoptima mungkin walaupun ia hanya satu atau dua sahaja. Asah, latih dan fokus pada kekuatan itu sepenuhnya.

Tugas kita di dunia ini adalah menggunakan kelebihan dan kekuatan yang Tuhan berikan kepada kita, bukan bersedih terhadap apa yang kita kurang dan tidak ada.

60 tip ringkas untuk usahawan!

60 tip segera dan ringkas untuk usahawan. Baik jika dibaca sekali sehari bagi memastikan kita sentiasa ‘sedar’ akan kerjaya yang dilakukan, iaitu usahawan.

Tip ringkas ini semuanya dalam tiga perkataan sahaja bagi setiap tip. Walaupun ia tidak menerangkan secara lengkap, sekurang-kurangnya ia dapat dibaca dengan cepat dalam masa beberapa minit sahaja.

1. Perlu jelas matlamat.
2. Ada buat perancangan.
3. Berusaha dengan cekal.
4. Baca buku selalu.
5. Belajar tanpa henti.

6. Bertindak dengan cepat.
7. Tidak mudah mengalah.
8. Berani hadapi risiko.
9. Fokus pada kekuatan.
10. Sayangi diri sendiri.

11. Sentiasa perbaiki diri.
12. Gagal itu lumrah.
13. Utamakan yang utama.
14. Perlu jaga kesihatan.
15. Ambil sarapan pagi.

16. Tidur perlu cukup.
17. Bangun awal pagi.
18. Sentiasa bersangka baik.
19. Elakkan membazir masa.
20. Buat dengan betul.

21. Tunaikan solat fardhu.
22. Usaha perlu konsisten.
23. Perlu ada prinsip.
24. Latih disiplin diri.
25. Pakaian yang kemas.

26. Keinginan yang membara.
27. Tidak menundakan kerja.
28. Perlu ada mentor.
29. Bantu usahawan lain.
30. Urus aliran tunai.

31. Jaga kebajikan pekerja.
32. Doa adalah senjata.
33. Tawakal kepada ALLAH.
34. Zikir adalah penawar.
35. Pilih untuk berjaya.

36. Bangkit dari gagal.
37. Bersedekah dengan ikhlas.
38. Tunaikan zakat perniagaan.
39. Berani berkata TIDAK.
40. Tenang menerima kritikan.

41. Maafkan sesiapa sahaja.
42. Hidup perlu diteruskan!
43. Sertai kursus berkaitan.
44. Elakkan dari riba.
45. Kenali potensi diri.

46. Tambah kawan baru.
47. Malu perlu bertempat.
48. Fokus pada jualan.
49. Belajar ilmu komunikasi.
50. Menulis dengan baik.

51. Tidak ulangi kesilapan.
52. Baca kisah kejayaan.
53. Pelbagaikan sumber pendapatan.
54. Pantau perkembangan bisnes.
55. Ada simpanan kecemasan.

56. Hargai para penyokong.
57. Layan pelangan sebaiknya.
58. Rekodkan maklumat pelanggan.
59. Promosi, promosi, promosi.
60. Baik biar berpada.

Klik Like dan sebarkan dengan menggunakan fungsi SHARE. TQ! (:

Hakcipta Terpelihara (c) www.MotivasiUsahawan.com

Disediakan oleh: Mohd Zulfadli (Jika anda ada FB, klik pada Subscribe)

-

21 tip ringkas untuk usahawan

21 tip ringkas usahawan:

1. Perlu jelas matlamat.
2. Ada buat perancangan.
3. Berusaha dengan cekal.
4. Baca buku selalu.
5. Belajar tanpa henti.
6. Bertindak dengan cepat.
7. Tidak mudah mengalah.
8. Berani hadapi risiko.
9. Fokus pada kekuatan.
10. Sayangi diri sendiri.
11. Sentiasa perbaiki diri.
12. Gagal itu lumrah.
13. Utamakan yang utama.
14. Perlu jaga kesihatan.
15. Ambil sarapan pagi.
16. Tidur perlu cukup.
17. Bangun awal pagi.
18. Sentiasa bersangka baik.
19. Elakkan membazir masa.
20. Buat dengan betul.
21. Tunaikan solat fardhu.

(c) MotivasiUsahawan.com

 

Bagaimana Untuk Tidak Mudah Hilang Semangat?

Semangat dan motivasi jatuh merudum?

Semangat hilang?

Sedih? Kecewa? Sakit hati?

Itu semua boleh dielakkan dengan satu cara mudah, iaitu melatih diri dengan tidak merenung dan memikirkan masalah-masalah itu.

Setiap kali kita didatangi dengan masalah, ujian, rintangan dan sebagainya, teruskan fokus pada penyelesaian. Fikirkan dan rancang apakah tindakan-tindakan yang boleh dilakukan.

Apabila kita membiasakan diri dengan terus memikirkan solusi (penyelesaian), lama kelamaan kita akan terus menjadi begitu tanpa perlu dipaksa-paksa. Kuasa fokus kita akan lebih tinggi.

Jadi, mulai hari ini latihkan diri agar terus memfokus pada penyelesaian, dan elakkan sama sekali memikir-mikirkan masalah.

Tip: Untuk masalah besar, langkah penyelesaian boleh diselesaikan secara bertahap, iaitu sedikit demi sedikit.

Selamat mempraktikkan tip di atas.

1% Hebat & 99% Biasa-biasa

Bagaimana cara untuk menjadi usahawan yang termasuk ke dalam golongan 1% yang hebat dan berjaya, serta ‘bebas’ persaingan?

Caranya adalah mudah, iaitu melakukan sesuatu yang tidak berani dilakukan oleh usahawan/perniagaan lain, termasuk idea-idea yang kreatif (berbeza).

Apabila kita melakukan sesuatu yang tidak sama seperti kebanyakan usahawan lain lakukan, terutama perkara yang mereka tidak berani lakukan, kita akan berada di dalam kelompok 1% yang hebat dan berjaya.

Untuk berjaya, kita perlu berani dan suka melakukan sesuatu yang tidak pernah mahu dilakukan oleh 99% lagi usahawan-usahawan lain.

Anda berani? :)

 

Bagaimana bangkit kembali dari kegagalan? #1

1. Bertaubat dan beristighfar kepada ALLAH pada setiap hari. Kita manusia biasa tidak terlepas dari kesalahan dan dosa.

2. Berdoa kepada ALLAH, memohon agar hati kita bangkit kembali.

3. Tunaikan solat lima waktu. Tidak solat umpama mempunyai hutang yang besar kepada ALLAH. Jadi jika kita gagal dan susah, mungkin itu salah satu cara ALLAH menuntut hutang itu.

4. Solat tahajud di satu pertiga malam terakhir.

5. Berzikir secara konsisten. Biar sedikit tetapi kerap dalam satu hari.

Usaha-usaha di atas adalah secara dalaman. Untuk hebat di luar, yang dalam perlu diselesaikan dahulu.

Jika kita membaca buku-buku motivasi luar negara (Barat), tip-tip di atas tidak begitu ditekankan kerana kebanyakan penulis bukan berAgama Islam. Maka sebab itu walaupun kita banyak membaca buku motivasi dan pembangunan diri dari sana, kita tetap berasa kekurangan sesuatu.

Yang sesuatu itulah hal-hal dalaman (spiritual) iaitu usaha mendekatkan diri kepada Tuhan Yang Satu (ALLAH).

Usahawan mampu mengubah dunia – Entrepreneurs can change the world

YouTube Preview Image

Bagaimana usahawan boleh mengubah dunia?

  • Berniaga dengan jujur, amanah dan ikhlas.
  • Bekerja keras secara bijak.
  • Melayani pekerja dengan baik.
  • Tidak memberi atau/dan menerima rasuah.
  • Meluangkan masa untuk keluarga.
  • Tidak menjatuhkan dan merosakkan perniagaan usahawan lain.
  • Tidak membazir.

Berniagalah untuk memberi manfaat kepada manusia sejagat. Bukan hanya untuk diri sendiri.

Teruskan bertahan!

Tidak semua orang sesuai menjadi usahawan dan tidak semua orang sesuai bekerja dengan orang lain (makan gaji).

Jika anda seorang yang tidak boleh bekerja dengan orang lain, pastikan anda tidak mudah mengalah apabila perniagan sedang dirundung ujian getir. Bertabahlah!

Kerana, jika anda berundur kembali dengan mencari kerja makan gaji, apabila anda kembali senang, percayalah, akan kembali di sudut hati anda untuk kembali berniaga.

Namun kemudian apabila ujian getir kembali menyemarak, anda akan kembali berundur.

Pusingan sebegini akan terus berlaku, apabila anda mempunyai sikap dan jiwa yang lemah.

Teruskan bertahan kerana ujian itu adalah satu pelajaran yang tidak perlukan apa-apa bayaran, melainkan menuntut sedikit kesabaran. Apabila api ujian itu mula menghilang, kelak apabila ia datang lagi, anda tidak lagi mudah goyah.

Menjadi Usahawan adalah SATU Pilihan

jadi usahawan


Tags